SAM Allardyce mengakui cemburu dengan ketua jurulatih England, Gareth Southgate yang kini bersama pasukan di Rusia.
Bekas pengurus England berusia 63 tahun itu hanya sempat menguruskan pasukan satu perlawanan dalam tempoh 67 hari sebelum meninggalkan tugasnya dengan persetujuan bersama pada September 2016.
Allardyce dituduh terlibat dalam skandal rasuah bola sepak England dan meninggalkan pasukan selepas krisis tersebut.
Pun begitu, bekas bos Crystal Palace dan Everton itu yakin bahawa dia yang sepatutnya menguruskan skuad England.
"Apa yang saya rasa adalah cemburu. Sangat mengecewakan. Saya yang sepatutnya berada di situ.
"Sayangnya kerana hanya satu keadaan yang bukan kes.
"Satu malam saya bermain golf, hari berikutnya mereka cakap saya tidak boleh bermain lagi. Dan saya tidak tahu kenapa..
"Jika lebih kurang masa diambil, lebih kurang kesabaran, saya percaya akan masih berada di situ sebagai pengurus England.
"Dan saya mengimbasnya kembali dan seseungguhnya berasa cemburu.
"Saya akan melihat Gareth serta pemain-pemain dan berharap mereka akan melakukan yang terbaik." -mstar
Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon