PENAMPILAN bintang Mesir, Mohamad Salah ketika pasukan itu bertemu Uruguay pada aksi pembukaan di Yekaterinburg pada Jumaat masih lagi diragui, kata Persekutuan Bola Sepak (FA) Mesir.
Pemain Liverpool itu bergelut dengan kecederaan bahu semasa aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid bulan lalu.
Namun Salah menyertai sesi latihan pada Isnin tetapi Pengarah Urusan FA Mesir, Ehab Lehita berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai penampilan pemain berusia 25 tahun itu.
"Dia semakin pulih. Namun saya tak boleh sahkan hari ini sama ada dia akan beraksi pada perlawanan pembukaan.
"Apa yang saya boleh katakan adalah kami berharap dia akan beraksi untuk perlawanan itu," kata Lehita.
Mesir akan bertemu Arab Saudi dan Rusia dalam Kumpulan A. -mstar
Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon