Penalti Sweden Benam Korea Selatan 1-0

NIZHNY NOVGOROD - Pasukan Sweden berjaya meraih kemenangan ke atas Korea Selatan 1-0 pada aksi Kumpulan F Piala Dunia 2018 di Stadium Mizhny Novgorod.

Pada aksi separuh masa pertama, Korea Selatan dan Sweden gagal melakukan sebarang percubaan selepas masing-masing buntu untuk mencari gol pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, Sweden dilihat sedikit bekerja keras dan melakukan beberapa serangan, namun ia berjaya dipatahkan oleh skuad kendalian Shin Tae-yong.

Kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist berjaya membolosi gawang Korea Selatan pada minit ke-65 melalui sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan Kim Min-Woo terhadap Viktor Claesson dalam kotak penalti. -kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon