MOHAMED El-Shenawy enggan menerima trofi MOTM berikutan ia ditaja oleh gergasi minuman keras, Budweiser.
Pemain berusia 29 tahun bertindak demikian kerana kepercayaannya sebagai orang Islam yang melarang ada kaitan dengan minuman keras.
Budweiser merupakan salah satu penaja utama Piala Dunia 2018 Fifa sebagai minuman alkohol sepanjang kempen berlangsung.
Biarpun tewas 0-1 kepada Uruguay, El-Shenawy menjadi pilihan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.
Mesir antara tujuh pasukan yang mempunyai pemain majority Islam termasuk Arab Saudi, Morocco, Iran, Tunisia, Senegal dan Nigeria.
Manakala antara nama-nama besar Muslim yang turut beraksi di kejonanan ini termasuk Mesut Ozil (Jerman) serta Mohamed Salah (Mesir) dan Paul Pogba (Perancis. -mstar
Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon