PASUKAN England bakal memakai seluar ‘panas’ ekslusif bagi memastikan aksi konsisten sepanjang kempen Piala Dunia yang kini sedang rancak berlangsung di Rusia.
Menurut Dr Robin Chakraverty, iaitu pakar perubatan bagi pasukan England yang bekerja dengan jabatan Atlet British, seluar pendek khas itu dipakai oleh atlet berbasikal bagi mengelakkan kecederaan otot dan dapat mengenal pasti suhu badan pemain.
Skuad Gareth Southgate akan memakai seluar yang dikenali ‘Lizard Heat’ sepanjang mengharungi persaingan di Rusia ini.
Malah Lizard Heat ini sememangnya telah terkenal selepas beberapa pemain Manchester City turut menempah untuk musim depan.
Bukan sahaja, seluar tersebut turut digunakan oleh pasukan ragbi England dan Wales. -mstar
Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon