Kane Penyelamat England Sumbat 2 Gol

JARINGAN saat akhir Harry Kane memberi kemenangan 2-1 England ke atas Tunisia pada aksi pembukaan Kumpulan G, awal pagi Selasa.

Penyerang Tottenham Hotspur itu juga turut meletakkan England di depan seawal minit ke-11.

Namun, tindakan Kyle Walker menyiku Fakhreddine Ben Youssef memberi laluan kepada Ferjani Sassi untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti.

Ketika memasuki babak kedua England menguasai rentak perlawanan tetapi gawang Tunisia sukar dirobek.

Namun, Kane muncul penyelamat skuad The Three Lions apabila merembak masuk gol kemenangan pada minit ke-91.

England kini menduduki tangga kedua di belakang Belgium dalam Kumpulan G.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu akan bertemu Panama pada Ahad.

Sekiranya England mencatat kemenangan ke atas pasukan itu, ia sudah cukup melayakkan mereka mara ke peringkat kalah mati. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon