Enjin Pesawat Dinaiki Pasukan Arab Saudi Terbakar

PASUKAN bola sepak Arab Saudi yang bertanding pada aksi Piala Dunia di Rusia berdepan detik cemas selepas enjin pesawat yang mereka naiki tiba-tiba terbakar.

Bagaimanapun pesawat itu berjaya mendarat di lapangan terbang Rostov-on- Don.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut pasukan itu, pesawat itu disediakan oleh Jawatankuasa Organisasi Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa untuk pasukan yang bertanding pada Piala Dunia dan bukannya oleh syarikat penerbangan Arab Saudi.

Pasukan itu turut menyifatkan kebakaran itu sebagai kemalangan dan pemain selamat tiba di lokasi penginapan mereka sehingga perlawanan akan datang.

Bagaimanapun pasukan itu tidak mendedahkan masa sebenar kebakaran itu berlaku.

Arab Saudi tewas kepada Rusia 5-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A.

Pasukan timur tengah itu akan berdepan Uruguay pada perlawanan kedua, Rabu ini. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon