Hatrik Ronaldo Catat Seri Ke Atas Sepanyol

DEBARAN aksi Piala Dunia 2018 semakin kencang dengan empat perlawanan telah berlangsung bermula Khamis lalu.

Pastinya pertembungan Portugal dan Sepanyol bagi saingan Kumpulan awal pagi Sabtu paling menarik setakat ini.

Portugal, yang merupakan juara Euro 2016 hadir dengan membawa bintang utamany Cristiano Ronaldo yang melakukan magis di minit-88 sekaligus mencatat hatrik untuk aksi pertama ini.

Sebelum itu, bintang Real Madrid ini berjaya merakam gol pertama menerusi sepakan penalti seawal minit keempat perlawanan.

Costa menjaringkan gol kedua Sepanyol.

Namun bekas penyerang Chelsea, Diego Costa berjaya menyamakan kedudukan untuk La Roja pada minit ke-24.

Seminit sebelum berakhir aksi separuh masa, Ronaldo sekali lagi menewaskan penjaga gol Sepanyol, De Gea untuk mencatat gol keduanya.

Bagaimana pun, Costa sekali lagi menyamakan kedudukan seri, manakala Nacho pula menjaringkan gol ketiga Sepanyol.

Impian skuad bimbingan Fernando Heirro untuk meraih tiga mata penuh berkecai apabila Ronaldo menyamakan mata menerusi sepakan percuma minit ke-88. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon