JIKA Brazil memasang impian untuk memenangi Piala Dunia tahun ini, mereka harus menggunakan emosi mereka untuk menaikkan semangat dan bukannya menangis, kata legenda bola sepak Rovaldo.
Pada 2014, Brazil dimalukan di laman sendiri pada perlawanan separuh akhir sehingga tewas 7-1 di tangan Jerman.
Brazil dikritik kerana menunjukkan emosi yang berlebihan ketika lagu kebangsaan dimainkan.
Thiago Silva, Neymar dan Julio Cesar dilihat menitiskan air mata pada ketika itu.
"Anda perlu ada personaliti seorang pemenang Piala Dunia," kata Rivaldo kepada ESPN FC sebagai kapasiti seorang duta Piala Dunia Betfair.
Mereka adalah pemain yang hebat, namun tidak boleh membiarkan tekanan daripada para peminat menakutkan atau membimbangkan pasukan.
Pemain Brazil harus melupakan bahawa terdapat sekitar 200 juta peminat sedang menonton mereka bermain.
"Anda harus bersikap tenang dan bermain dengan gembira, bukannya menangis ketika lagu kebangsaan dimainkan.
"Rasakan emosi itu, biar ia bakar semangat daripada dalam, tapi tidak sekali-kali mengeluarkan air mata.
"Saya menentang perbuatan itu. Itu petanda sebuah kelemahan dan ia tidak akan membantu.
"Anda perlu merasakan keinginan di dalam hati dan bermain dengan 'darah di dalam mata anda'.
"Saya sejenis pemain yang akan bermain di atas padang sambil memikirkan tentang ibu saya, tentang bagaimana saya akan membuatkan dia berasa bangga.
"Saya memberikan segala-galanya di atas padang dan saya berharap para pemain melakukan perkara yang sama tahun ini," kata Rivaldo. -mstar
Menarik? Komen la sepatah dua.. EmoticonEmoticon